Pembaca Si Pencerita

Thursday, July 22, 2010

TATKALA HATI MERINTIH KERANA CINTA


SALAM....



Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu


&

Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

&

Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

&


Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa.. 

&

Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..


&

 Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah

Saturday, July 10, 2010

BIARKAN IA MENGALIR

SALAM...


butiran mutiara yang mengalir syahdu dari kelopak mata yang sayu menggambarkan seribu erti.. memberi jutaan perspektif, memberi ribuan maksud tersirat.. namun, adakah berbaloi titisan airmata yang mengalir itu..

menangis lah,..

KERANA :


  • Allah - sesali lah dosa2 kita.. apa yg telah kita lakukan, apa yang telah kita kerjakan sebagai hambanya di bumi yang fana ini. setiap butiran airmata menghapus setiap dosa, itu janji Allah kepada hambanya.. bertaubatlah dengan sesungguhnya, kerana Allah penerima taubat yg nasuha. Allah tidak sesekali menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya, airmata yang mengalir di dalam ujian itu adalah ibadah.. sepatutnya airmata itu dijadikan sebagai satu alat untuk kita terus maju dan tabah dalam kehidupan yg fana ini,,...
  • Ibu Bapa - mengenangkan jasa ibu bapa membesarkan kita dgn penuh kasih syg, berkorban harta benda demi memberikan yg terbaik utk kita, jgn lah sesekali menyakiti hati mereka kerana, jika setitis air mata ibu menitik ke dunia, maka, nerakalah jawabnya. taati mereka.. tangisi mereka semasa kematian mereka, kerana air mata dr hati yg suci, ikhlas itu adalah tanda sygnya kita kepada mereka..

JGN PULAK MENANGIS KERANA :

  • awek - teresak2 nangis sbb baru clash ataupun awek merajok mintak clash.. ini semua sia2, belom tentu dia jadi bini ko!! yg ponpuan lak, belom tentu dia jd laki ko!! so, jgn wat benda sia2 ok.. 

jadi... jagalah, hargailah, dan sygilah kurniaan Allah (airmata) itu ke arah yg diredhai oleh Allah SWT..

Monday, June 28, 2010

CIKGU IN THE HOUSE!!!!

Assalamualaikum wbt..

sedar x sedar dah masok semester 2.. hurm,.. pantas masa berlalu.. namun itulah tandanya kiamat kian hampir.. kian hampir mendekati kita..

Namun!!! sudah sediakah kita menghadap Rabbul Jalil...??? siapkan lah diri demi menjadi umat yg terpilih berlindung d bawah arasyh Nya.. mintak2 lah kita antara orang2 itu.. amin....

kehidupan bakal berubah. saya dah x dok asrama.. dok umah sewa dah sekarang ni.. banyak ragam? banyak kerenah?? banyak pot pet pot pet?? hahahaha, so far everything is going good n smooth..

tp nk kongsi skit lah tips2 kalau nk dok umah sewa ni...
harap nanti sama2 boleh kongsi kalau2 ditakdirkan dok ramai2 ni.. heheheh

antaranya :


  • semua barang2 dalam umah tu kena pakat2 guna la... jgn nk concere sume,, org kedah cakap kawai.. hehe
  • barang2 keperluan, cthnya sabun basuh, minyak rambut, n etc, u have to have on ur own.. maknanya bnda2 mcm ni x pyh la nk mintak kat housemate.. mati la kalau sorg tu je nk kena support sume, kan3???? 
  • cari bilik yg ada pengudaraan yg baik... yg ada tingkap n so on... sbbnya udara yg segar dapat bg minda yg sehat,.. x gitu... heheh
  • cari roomate yg sesuai.. sbb ape, kita nk dok lama kot.. kan... so, cari yg sekepala.. ngeh3
hok lain tu demo mikir diri deh.. (bak kata org kelate).. hahaha

tu jah nk kongsi sempena memasuki umah sewa ni... hehehe.. tafaddol mashkura.. ya salam.... 

Assalamualaikum........ B-)

Thursday, June 17, 2010

BENCI DAN CINTA

salam..


....::: mcm bez je topik ni, lets read!!! :::....


SITUASI 1: benci bilang cinta


  • ewah3, mcm sinetron lak.. winda, dimas, claudia, adiyta.. hehehehe
  • kepura-puraan adalah satu faktor bnda ni jadi.. hehehe.. ala2 berlakon ataupon setakat buat2 je.. 
  • lagi 1, sekadar nk menjaga hati individu,.. tambah2 lak, individu tu mengharapkan cinta.. lagi2 la dia terpaksa bilang cinta walaupun pada batinnya benci..
  • bnda ni akan menyebabkan si pelakon, yg membenci itu menjadi, stress kerana terpaksa melayan seseorang itu.
  • konklusinya, bila dah benci jgn la dok wat2 syg.. kerana pasti ada yg kecewa... ngeh3..
  • berterus terang adalah penyelesaian terbaik.. hehehehe BENCI bilang BENCI!!! :-)


SITUASI 2 : cinta bilang benci


  • ini x pelik...
  • sebabnya : biasa lah.,. org tua2 pon ckp, benci tanda syg,, hehehehehe
  • bila pacaran kita bilang cinta, tapi perlakuan dia benci.. maknanya mmg dia syg kita la tue... 
  • tp..... bukan semua mcm tu.. 
  • tujuan : x lain x bukan, pacaran kamu nk dptkan perhatian kamu sebenonye... dia nk kamu tumpu kat dia...
  • namun..!!!! jgn smpai si dia fedup.. kes naya lah.. sbbnya mungkin akan berakhir dengan perpisahan atau omputih ckp clash.. hehehehehe
  • agak2 la nk benci, skit2 sudah.. hehehe,.. baru lah ada manis dalam perhubungan... hehehehe


SITUASI 3 : cinta bilang cinta


  • yg ni mmg cinta sejati lah...
  • dah syg kan, ckp je la syg... 
  • tapi!!!!!!!!! 1 je nk pesan, jgn SS,,. apa itu SS??? syok sendiri... dapatkan kepastian,, lps tu cintan cintun lah puas2.. 
  • diingatkan...!!!! jgn over2.. ikot batas2 pergaulan yg disyaratkan oleh Islam.. taw,.. heheheheh


seperti sebelum2 ni.. apa yg saya nk pesan dan terus pesan...

CINTAILAH YG MAHA MENCINTAI SEPENUH HATI.. 

ASSALAMUALAIKUM....


Friday, June 4, 2010

CINTA, LOVE, PYAR, AMOR

salam....

when we talk about love,..... 
semua pasti ingt kan kekasih...


namun, cinta ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis cinta..


  1. cinta kepada kawan... cintakan sahabat adalah normal.. semua umat manusia akan merasa perasaan sayang, cinta terhadap rakan mereka.. cinta jgn pula disalah ertikan.. kadang kala, cinta ini, membolehkan kita dan rakan kita berkomunikasi sehinggakan segala2 rahsia kita dapat dikongsi bersama.. satu nasihat dari pengalaman saya sendiri.. jika anda mengetahui bahawa sahabat anda telah memecahkan rahsia yg anda bg tahu dia, maka itu adalah kali pertama dan terakhirnya dia menjadi seorang yg disayangi.. kwn ttp kawan, namun, mencintai sahabat sedemikian adalah satu bnda yg sia2,, 
  2. cinta kepada ibu bapa,... cinta yg kekal abadi... sygi mereka sepertimana anda disayangi dan dibesarkan,,, amat general,, lumrah,. haiwan yg tidak berakal mempunyai perasaan sayang dan kasih kepada haiwan yg mmpunyai pertalian darah dgnnya.. masakan manusia yg serba bijak dan ariff..
jika nk ckp psl cinta, sampai bila x habis.. kapel? itu adalah cinta terlarang.. taaruf? lakukan dengan cara terbaik seperti yang dianjuran islam.. inshaAllah dirahmati Allah..

KONKLUSI dari cintan cintun ini adalah....



"cintailah yang maha mencintai"

kerana Dia adalah segalanya dalam hidup ini...
innasolati, manusuki, wamahyaya, wamamati, lilllahi rabbil alamin....

Wednesday, June 2, 2010

SEMOGA TABAH

ku pasrah,
ku redha,
mungkin ini terbaik untukku,
hati ku luluh,
hatiku resah,
mungkin ini terbaik untukku,

aku menangis,
kdg aku tertawa,
mungkin ini terbaik untukku,
aku sengsara,
aku bahagia,
mungkin ini terbaik untukku,

ku rindu Ya Rob,
ku syg kamu Ya nabi,
mungkin ini terbaik untukku,
kasihi aku Ya Rob,
sygi aku ya Nabi,
mungkin ini terbaik untukku,

ku pandang awan cerah,
tak lama ia cerah,
mungkin ini terbaik untukku,
seperti juga hatiku,
penuh dgn liku,
mungkin ini terbaik untukku,

semoga Tabah...

Friday, May 21, 2010

AKU KENAL DIA?



Aku kenal dia? dia dh lama denganku. aku syg dia. tapi kadang2 aku xkenal dia....

dia, sama tua dengan ku, cuma mungkin, dia pernah bertemu dengan-Nya semasa Nya bertanya "marobbuka". dia dan kawan2 ckp, Kau lah Rob...

dia menjadi aset kepadaku, dia hidupku..

aku x pernah jumpa wajahnya, namun, dia yang menjadi mata melihat wajahku, mengatur gerak langkahku, mengatur bicaraku...

maka ketahuilah bahawa dia adalah ROH, 

jika anda kenal "DIA", maka anda akan boleh memujuk diri anda,,,... 

bagaimana ????

  • sembang dgn dia.. kita bertuturlah dengan diri kita. bincang dengan diri kita dan dia.. ubah diri kita menjadi seorang da'i kepada Allah yg bertakwa kepadanya.
  • pujuklah dia, pujuklah dia supaya dia boleh memacu kita menjadi insan berguna, dan mendapat keredhaannya
  • manjakan dia.. isilah dia dengan zikrullah.. amal2 ibadat, supaya dia membantu diri kita merasai Halawatu Iman.. yg teramat indah nilainya..

dia=roh
kita= diri kita..

maka jagalah keduanya, sayangi keduanya, cintai keduanya, pujuklah keduanya, manjakan keduanya, dan bersembanglah keduanya..

Assalamualaikum..


JUMAAT YG MULIA - PERKONGSIAN ILMU


DAN





salam...

Ku melewati pantai-pantai yang indah itu, ku lihat tenangnya ombak menghempas pantai. Lalu ku terfikir, Iman itu bagaikan ombak laut, sekali ia datang, sekali berubahlah corak pantai. Namun, ketika dia pergi, dibawanya pasir-pasir jernih, ditinggalkan lumpur-lumpur hitam, dan kadang-kadang sebaliknya. ( Mohd Asyraf Bin Soid, 2010)

lepas je saya baca bait2 yg tiba2 terkeluar dari hati setelah saya bersembang2 dgn shbt sy d YM.. saya rsa pilu dan tersentak...

mengenangkan betapa banyak penzinaan yang telah saya lakukan terhadap amanah Allah berikan kepada saya... mesti pelik kan, kenapa saya mesti kata "ZINA DGN AMANAH", perkataan zina sendiri dh bermksud dosa besar.. saya telah berdosa besar dgn amanah yg Allah berikan kepada saya.. saya rsa bukan sy shj, ramai lagi d luar sana yang masih lagi bergelumang dengan dosa...

mmg fitrah manusia sama ada lelaki @ wanita suka untuk melihat sesuatu yang indah.. namun kadang2 yang indah saban kali disalah ertikan menjadi sesuatu yang menyalahi fitrah manusia...

yang penting, disini adalah hati kita, bak kata sahabat baik sy, kawal nafsu, sebelum kawal nafsu, kawal iman, sebelum kawal iman, muhasabah diri... 

syaitan dh berjanji akan memusnahkan kita walaupun dgn apa cara sekalipun, masa sekarang, kita berterima kasih dgn kenikmatan dunia, namun kita x sedar syaitan sdg berseronok akan dosa2 yg kita lakukan, mana tidaknya, kawan dia d neraka nanti..

jelas x jelas, saya sebenarnya nk tujukan bingkisan, cetusan minda ini kepada kawan2 yg telah jauh belayar dgn keasyikan dunia, tidak kiralah bercinta adam dan hawa, bercinta adam dan adam, bercinta hawa dan hawa,.. sy rsa x perlu terang lebih kot... :-)

kenalan muslimah saya, ada menyebut, 

"kenapa mereka jadi mcm ini??? sebabnya adalah kesunyian di dalam hati, mereka tidak sedar bahawa mereka mempunyai Allah, tetapi mereka solat, mereka x fhm apa sebenarnya solat, sekadar kewajiapan sahaja, mereka x kenal Allah. mereka x sdr mereka ada ibu bapa dan keluarga yg sentiasa menyanyangi mereka, ini lah punca nya zina, gay, dan lesbian"

sebenarnya, di sini mudah... yg mengawal segalanya adalah hati kita.. jika di dalam hati terdetik sedikit pon akan perkara yg jijik itu, maka mind set perlu disetkan yang benda tu adalah haram, geli, jijik, kotor, hina. sekelip mata kita akan ingat ALLAH!!!!

diri sy bukan semulia mana, sesuci mana, namun, atas kesedaran yg entah mana datang, maka saya katakan ianya hidayah Allah, saya bersyukur.. saya ingin nk ajak kwn2, jagalah hati kita, nafsu kita dan segala2nya....

salam





Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT MENEMPUHI UJIAN AKHIR SEMESTER


selamat menduduki UJIAN AKHIR SEMESTER 



kepada semua yg bergelar


BAKAL GURU


di seantero MALAYSIA


khususnya di 


IPG KAMPUS KOTA BHARU....


GoooooOOOOOOODDDD LuuuuuuUUUUUUUK TO U ALL..!!!!

Friday, April 23, 2010

BINA INSAN GURU 2010

BIG - KENYIR - 3 HARI 2 MALAM 


 

Selama 3 hari 2 malam saya g tasik kenyir. kenangan yg amat terindah.. BIG, bina insan guru... program wajib bagi setiap guru pelatih semester 1 ni mmg menguji ketahanan mental dan fizikal para guru pelatih.. gambar sebelah ni saya dan kwn2 tgh ready nk g renang dan kayak.. sngt bez, apa yg penting dlm aktiviti kayak dan renang ni adalah keyakinan pada diri.. heheheh    







tamat aktiviti kayak n renang, mlm tu kena wat persembahan.. hahahah, memang merapu tahap cipan.. bak kata adnan sempit, "biaaaa saaaaa bro" hahahaha, letih.. hahahahaha. mmg mlm tu entah apa2 la kami buat.. so far that the sweetest memory of april.. will never 4get till death...







 




memasak dalam utan slps trekking amat memenatkan.. hahahahah, tp sdp lak rasa sardin yg dimasak dgn kayu api, x caya, balik try.. hahahaha, betol... membe2 semua pandai masak, cuma kami kena buat 3 jenis kuih, semua kuih tu keras daaaa, kena komen terok2 dgn kem komanden merangkap juri.. hahahahaha









ni hari last, kami dh nk balik.... bergambar beramai2... hehehehehehe,.. best gilerzzzz... heheheheheheheh











 ni lah classmate cikgu yg terbaekkkkk!!! hahahahaha, semuanya sporting2 blake.. heheheh,.. sngt sayang kamu semua.. hopefully ukhwah antara kita berkekalan sampai mati..... insyaAllah...




 

   





ini lah satu2 nya aktiviti yg menghitamkan saya dan kwn terok2.. hahahaha, semua jd ala2 komando la.. masa ni putih ag.. selepas beberapa jam... huhuhuhuhu, dh mcm bontot periuk daaaaa... hahahahahahahahah





APA YG JD SELAMA 3H2M TU AKAN SAYA INGAT SEPANJANG NYAWA D KANDUNG BADAN SEBAGAI

KENANGAN TERINDAH

Monday, April 12, 2010

KALI BERTAMA BER"SBE"

Assalamualaikum..

celik mata pagi buta, teringat, eh3, ape la dh jd kat blog aku kan.. agaknya dh berhabuk n berswg2 agaknya.. hurm.. bukak2 tgk, agak la..

xsempat sngt "nk caro", bak kata org klantan, sibuk, bnyk sngt kerja... hehehehe

baru2 ni saya telah ke sekolah selama seminggu.. p jadi cikgu sat kat sana.. pengalaman yg agak syok ar... rasa mcm dh x maw balik kampus lak rasa.. huhuhu

ni ada la gambar2 skit nk tunjuk kat korang semua..








dh mcm guru besar da... hahahahahaha

apa2 pon semua ni dh jd satu kenangan terindah sepanjang semester 1 bergelar pelajar program ijazah sarjana muda pendidikan matematik dengan kepujian....

salam hormat... bye... :-)

Thursday, January 28, 2010

JAGALAH ANUGERAH ITU

  • ada sekali saya ada bg taw dalam post saya "Lembut Atau Keras".
tahu x kenapa saya selalu menerangkan pasal benda ni. hurmmmm,.. lidah ni sangat memainkan peranan penting dalam hidup kita sebagai seorang manusia yg normal.. 

lidah lebih tajam dari mata pisau
saya amat kesal dengan sifat sesetengah manusia yg seringkali menggunakan lidah mereka utk mendapat publisiti murahan seperti populariti. 


pengalaman saya baru2 ni, saya sngt kesal dgn sikap seseorang yang sanggup menghina sahabat handai demi mendapat populariti utk mengangkat diri sendiri. x hairanlah jika dikenali sehinnga 1 kampus. tujuan saya bg taw semua ni bukan nk memalukan sesiapa, saya cuma ingin menyatakan bahawa benda ni adalah SALAH!!!!!!!






Jadi dalam hal sebegini, kita x boleh nak salahkan 100% seseorang yg mcm ni, maybe salah famili dia... ada pendapat mengatakan bahawa macam mana famili itu, begitulah anak2nya.. tapi pendapat sebegini tidak sebenarnya betul, masih ada faktor lain, maybe mental pelajar itu sendiri, pendekatan utk menyelesaikan masalah ini adalah "bertemunya buku dgn ruas" 

Monday, January 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Assalamualaikum... May Allah bring you Peace and Happiness!! InsyaAllah..




Selamat Tahun Baru 2010, dan salam Maal Hijrah 1431H.. semoga dgn azam baru tahun ini kita bakal menjadi seorang manusia yang benar2 diredhai oleh Allah SWT, InsyaAllah...

MAAF sngt2 sbb lama x menulis apa2 pon dalam blog ni.. ketiadaan masa dan bizi dengan benda lain membuatkan masa dan ketika tidak dapat diluangkan untuk menulis coretan rasa dan bicara hati untuk dikongsikan dengan kalian semua... Namun pada tahun baru ini saya akan berusaha untuk meluangkan masa untuk berkongsi serba sedikit ILMU.. dan mcm apa yg tajuk blog saya ni kan,.. BICARA RASA TATKALA PENA BERKARYA.. hehehehe

ok... jumpa lagi dalam post2 yg akan datang...

Thursday, October 29, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA TER"SILENT"

i'm back.....
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

salam 1 malaysia.. 

cikgu nak minta maaf bnyk2 sebab dah lama cikgu x update blog nih.. cikgu bz sngt2 dgn bnyk benda... dan Alhamdulillah, dgn berkat keizinan Allah, cikgu diberi kelapangan untuk menulis pada hari Jumaat yg penuh barakah ini.. syukur..

InsyaAllah.. kita akan berkongsi lebih banyak maklumat dan berkongsi idea ttg apa2 sahaja yg cikgu rasakan sswai..

so, jumpa lagi di post2 yg akan datang..heheheh


Tuesday, August 11, 2009

LEMBUT ATAU KERAS??



salam...........

setelah sekian lama cikgu mendiamkan diri, kini, cikgu terdetik hati nk tulis sesuatu...

hari ni topik nye ialah.....

KERAS dan LEMBUT.

ok2, mesti korang tertanya2 kenapa tajuk ni yg menjadi pilihan... saya rasa tajuk ini cukup relevan dgn kita bergelar insani, mukminin, mukminah, sama ada muslim atau non-muslim.

KERAS, mesti org selalu cakap keras ni berbahaya. maksud nya disini ialah, barang yg keras, contohnya kayu, batu, besi, semuanya keras. dan sudah semestinya semua bahan ini sangat bahaya kepada kita jika terpukul, atau dipukul di badan...
kalau dipukul dek besi atau kayu di kepala, mahunya terlantak di hospital sehari atau dua. haha
kesakitan yg dirasai, waduh, mmg la sakit kan kalau dipukul atau "terkena" bahan2 yg keras ni... namun, selepas beberapa ketika, hilang la sakit tu.... kan3? sapa yg x sakit tu boleh la,... 3 kali jumaat kita pakat pi makan nasi free kat umah dia 3 hari berturut2. hahahahaha

LEMBUT, saya bukan nk ckp psl org lembut, namun, "barang lembut". hahahaha, think positive always k... haha.. hmmm, contoh barangan lembut yg selalu kita tengok, "jelly", agar2, apa2 ja lah yg lembut... kalau yg saya sebut td tu, semuanya enak dimakan, kan3? hahaha. semua org suka. semua oramng nak... kenapa??? kalau kena kat badan pon x sakit, masok perot kenyang.. hahahaha... hmmmmmmmmm

namun ada satu benda lembut yg akan meninggalkan rasa "sayang", "suka", "marah", "dendam", dll lagi lah.. benda tu ialah LIDAH kita sendiri...

dalam kelembutan lidah kita melunakkan kata-kata, namun kita harus acapkali berfikir samaada benda yg kita perkatakan menyakitkan hati sesetengah org dan sebaliknya iaitu menggembirakan org lain...
kalau menggembirakan x pa la. bagus lah,, org akan ingt sampai mati benda tu.
dan..............
kalau benda yg kita nk ckp tu agak "pedih", benda tu lah akan diingati sampai mati, akan menjadi satu kesakitan yg kekal dalam hati.. hmmmmm, beratkan???

walau pun selembut2 lidah, namun "lidah ini lebih tajam dari mata pedang"... so, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua, marilah kita sama2 menjaga pertutuiran kita semoga tidak ada org yg bakal sakit hati dengan apa yg kita cakap...

so, setakat itu dululah apa yg saya nk ckp ari ni.... salam

ADIOS, AMIGOS!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 26, 2009

AKU MERINDUINYA

lidah tidak lagi bisa bicara,
bibir kaku tanpa daya,
hanya airmata bisa menghuraikan semua,
namun tiada mata yang bisa mengerti,
apa yang hatiku berbisik-bisik,
kesesakan sel-sel otak membuntukan aku,
mencari dimanakah kamu,
hatiku sepi tanpa nada,
hanya warkah dan tinta yang bisa mentafsirkan segalanya,
mencari hijab yang membedakan imanku,
tatkala hembusan nafas ku menjadi sia-sia,
lebih reda aku kembali menjadi tanah,
daripada terus sengsara diulik mimpi,
dunia yang fana...

Tuesday, July 21, 2009

MUHYIDIN YASIN, NAH NI !!

salam..............................................

setelah ppsmi dimansuhkan, naib presiden umno merangkap menteri pelajaran merangkap timbalan PM sangat "peka" dan amat prihatin.. baguslah, beliau nk memartabatkan bahasa melayu.

sedangkan kebolehan pelajar menguasai bahasa inggeris sudah mulai menguasai diri, ianya dimansuhkan, biarlah, ibarat lirik dalam lagu lama2, " engkau gajah, aku hanyalah semut merah", kita rakyat hanyalah mampu menundukkan kepala seperti "jepun datang tanah melayu", patuh dan ikut sahaja lah. hmmmm

namun, baru2 ini beliau telah membongkar satu rahsia yang sejumlah besar pelajar masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 2M..????? membaca dan menulis...

hmmm, hal ini amat serius. walhal dalam bahasa inggeris pon x boleh, masakan bahasa melayu. membaca dan menulis dalam bahasa ibunda pon xtahu. ini sangat serius...

kerajaan di bwh kementerian pelajaran menyatakan sebab yang kegagalan pelajar2 ini menguasai 2M ialah disebabkan oleh faktor seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan masalah kesihatan yg lain..

di sini saya ingin mengajukan beberapa langkah yg wajar diambil oleh para ibu bapa, kerana masalah ini guru tidak patut dipersalahkan sepenuhnya. antara langkah2 ini ialah:

1) ibu bapa membawa anak ke kelas tadika @ pusat asuhan kanak2 yg menawarkan program belajar membaca dan mengeja..

2)ibu bapa patut meluangkan masa paling sedikit 1 jam untuk bersama anak2 menelaah pelajaran

3) pelajar2 darjah 1 wajib mengikuti MEDICAL CHECKUP di hospital bagi mengesahkan bahawa mereka adalah normal dan tidak bermasalah

4)kerajaan harus mensubsidi bajet bagi proses medical checkup ini (free of charge) selama sekurang2nya 2 bulan sebelum memasuki darjah 1. @ dikenakan bayaran pesakit luar rm1 @ rawatan berjumpa pakar rm5. = bayaran utk medical checkup.

saya rasa sebagai bakal guru pelatih saya merasakan bahawa jika hal ini tidak diambil serius oleh semua pihak, hal ini akan berlanjutan sampai bila2.

tu je lah utk hari ni......

salam...

Tuesday, July 14, 2009

tuan guru ni aziz... tenkiu...


gelak dulu : hahahahahahah hihihihihihih hehehehehehehehe

saya selaku wakil rakyat kelantan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz BIn Nik mat kerana telah memberi satu cuti umum kepada semua rakyat pada hari ini.



aik? gambar apa ni?? sesak sangt dengan kereta bas n motosikal... pasar malam ke?
hehehehe, xla... ni la pilihanraya kecil manik urai di kelantan yg berlangsung pada hari ini...

hehehehe, nik aziz bg cuti, waaaa. alhamdulillah... bez giler...

kepada golongan yg pro pembangkang(umno), dan pro kerajaan(pas) mesti sudah berpusu2 ke manik urai untuk berkempen... cayok3, semoga korg semua menang k... hahahah

kepada yg org yg x pentingkan sangat pasal benda2 alah ni, mesti korg boleh luangkan masa bersama famili kan... hehehehehe, mesti bez kan.....




bawak famili g ke taman pembandaran tunku anis ke.. jogging, kelah n riadah.. lagi berfaedah kan.. hihihihihihihi


g kelah d pcb pon bez... hehehehe, angin sepoi2 bahasa.. waaah, pekena air nyior susu.. sedap3
g shopping kat kb mall... hihihihi, mkn kfc, mcD, pizza.. hehehe, sory2, yg grand2 xde sini.. huhuhuhuhuhu...

hahahaha
bnyk lagi aktiviti yg boleh d buat cuti2 ni kan.. walaupon sehari, tetapi kalau dimanfaatkan sebaiknya, ia akan jd sesuatu yg amat bermakna.....


Sunday, July 12, 2009

tapi... biarlah....




ya salaaaammmmm....

Masih lagi isu ppsmi...

hari ini setelah lama aku berfikir, aku telah berpuas hati dgn apa yg telah diputuskan oleh kerajaan...

mungkin aku adalah di antara org yg boleh menerima ppsmi dgn baik, dan tanpa aku sedari lebih ramai manusia d luar sana yg mungkin amat "lemah" mendengar ppsmi..

kajian UNESCO juga menyatakan bahawa input yg diperoleh oleh pelajar diantara umur 7-12 tahun adalah lebih 90% jika menggunakan bahasa ibundanya...

demi menjaga golongan majoriti yg menolak ppsmi, yakni golongan luar bandar dan guru2 lama. maka, kerajaan telah memansuhkan dasar ini, bukan atas sebab politik atau desakan mana2 pihak, tetapi demi kebaikan semua rakyat..




"soft landing" diuar2kan oleh TPM adalah sangat relevan... slow2 mansuh!
sangat bagus..

walaupon hati saya amat sedih dgn isu ini, namun, saya dan sesiapa yg membantah pemansuhan ppsmi ini haruslah memikirkan golongan majoriti yg mungkin akan terjejas dari segi akademik sebab ppsmi ini....

so, kita sebagai rakyat hanya mampu mengikut..



"taatlah pada Allah, taatlah pada rasul-Nya, dan taatlah kepada pemimpin anda selagi mana dia tidak menyuruh kepada kemaksiatan"

maka, kita sebagai pengikut haruslah sentiasa patuh dan taat kepada pemerintah..

korbankanlah rasa hati ini demi "berjuta" hati yg lain...

salam...

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI oh PPSMI


saya sungguh kecewa melihat logo di atas. apa tah lagi dgn apa yg telah disuarakan oleh TPM tentang pemansuhan PPSMI. saya amat kecewa...

kenapa saya kecewa1) saya telah mula mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris sejak tahun 2003. kami ialah golongan 1st batch yg belajar subjek2 ini dalam bahasa inggeris. kenapa tidak ditanya kami akan hal ini, kami telah melaluinya, kenapa bertanya kepada A SAMAD SAID? GAPENA? dan persatuan2 lain yg konon memperjuangkan bahasa melayu. di sini saya bukan anti bahasa melayu. namun ppsmi ini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak umtuk kepentingan individu. serius ini adalah matlamat "mereka".

persoalan di sini, kenapa tak tanya kami, yg melaui sendiri hal ini.

2)saya seorang bakal guru yg bakal mengajar di sekolah rendah pada 2013, insyaAllah. setahun selepas ppsmi dimansuhkan. kenapa x tanya guru pelatih?????? kenapa dgr ckp org lama, yg mkn garam dulu?? x semestinya semua warga tua betol. mereka juga manusia, mmg betol mereka lebih berpengalaman, tetapi adakah mereka belajar dulu sains dalam english.

saya sngt kecewa. sangat2 kecewa.

3)saya sangat kecewa, saya tel;ah memberi komen kepada Tun Dr mahathir berkenaan hal ini. dan saya harap tun dapat memberi komen tentang apa yg saya katakan.

nanti................

guru dan pelajar seperi itk dan ayam. pelajar x faham. gurunya menggunakan terms in english....

so, i think tjhat, they will regret...

saya x tawu nk ckp apa sbb kekecewaan yg teramat sangat.....

ya salaaam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...