Pembaca Si Pencerita

Friday, June 4, 2010

CINTA, LOVE, PYAR, AMOR

salam....

when we talk about love,..... 
semua pasti ingt kan kekasih...


namun, cinta ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis cinta..


  1. cinta kepada kawan... cintakan sahabat adalah normal.. semua umat manusia akan merasa perasaan sayang, cinta terhadap rakan mereka.. cinta jgn pula disalah ertikan.. kadang kala, cinta ini, membolehkan kita dan rakan kita berkomunikasi sehinggakan segala2 rahsia kita dapat dikongsi bersama.. satu nasihat dari pengalaman saya sendiri.. jika anda mengetahui bahawa sahabat anda telah memecahkan rahsia yg anda bg tahu dia, maka itu adalah kali pertama dan terakhirnya dia menjadi seorang yg disayangi.. kwn ttp kawan, namun, mencintai sahabat sedemikian adalah satu bnda yg sia2,, 
  2. cinta kepada ibu bapa,... cinta yg kekal abadi... sygi mereka sepertimana anda disayangi dan dibesarkan,,, amat general,, lumrah,. haiwan yg tidak berakal mempunyai perasaan sayang dan kasih kepada haiwan yg mmpunyai pertalian darah dgnnya.. masakan manusia yg serba bijak dan ariff..
jika nk ckp psl cinta, sampai bila x habis.. kapel? itu adalah cinta terlarang.. taaruf? lakukan dengan cara terbaik seperti yang dianjuran islam.. inshaAllah dirahmati Allah..

KONKLUSI dari cintan cintun ini adalah....



"cintailah yang maha mencintai"

kerana Dia adalah segalanya dalam hidup ini...
innasolati, manusuki, wamahyaya, wamamati, lilllahi rabbil alamin....

Wednesday, June 2, 2010

SEMOGA TABAH

ku pasrah,
ku redha,
mungkin ini terbaik untukku,
hati ku luluh,
hatiku resah,
mungkin ini terbaik untukku,

aku menangis,
kdg aku tertawa,
mungkin ini terbaik untukku,
aku sengsara,
aku bahagia,
mungkin ini terbaik untukku,

ku rindu Ya Rob,
ku syg kamu Ya nabi,
mungkin ini terbaik untukku,
kasihi aku Ya Rob,
sygi aku ya Nabi,
mungkin ini terbaik untukku,

ku pandang awan cerah,
tak lama ia cerah,
mungkin ini terbaik untukku,
seperti juga hatiku,
penuh dgn liku,
mungkin ini terbaik untukku,

semoga Tabah...

Friday, May 21, 2010

AKU KENAL DIA?



Aku kenal dia? dia dh lama denganku. aku syg dia. tapi kadang2 aku xkenal dia....

dia, sama tua dengan ku, cuma mungkin, dia pernah bertemu dengan-Nya semasa Nya bertanya "marobbuka". dia dan kawan2 ckp, Kau lah Rob...

dia menjadi aset kepadaku, dia hidupku..

aku x pernah jumpa wajahnya, namun, dia yang menjadi mata melihat wajahku, mengatur gerak langkahku, mengatur bicaraku...

maka ketahuilah bahawa dia adalah ROH, 

jika anda kenal "DIA", maka anda akan boleh memujuk diri anda,,,... 

bagaimana ????

  • sembang dgn dia.. kita bertuturlah dengan diri kita. bincang dengan diri kita dan dia.. ubah diri kita menjadi seorang da'i kepada Allah yg bertakwa kepadanya.
  • pujuklah dia, pujuklah dia supaya dia boleh memacu kita menjadi insan berguna, dan mendapat keredhaannya
  • manjakan dia.. isilah dia dengan zikrullah.. amal2 ibadat, supaya dia membantu diri kita merasai Halawatu Iman.. yg teramat indah nilainya..

dia=roh
kita= diri kita..

maka jagalah keduanya, sayangi keduanya, cintai keduanya, pujuklah keduanya, manjakan keduanya, dan bersembanglah keduanya..

Assalamualaikum..


JUMAAT YG MULIA - PERKONGSIAN ILMU


DAN





salam...

Ku melewati pantai-pantai yang indah itu, ku lihat tenangnya ombak menghempas pantai. Lalu ku terfikir, Iman itu bagaikan ombak laut, sekali ia datang, sekali berubahlah corak pantai. Namun, ketika dia pergi, dibawanya pasir-pasir jernih, ditinggalkan lumpur-lumpur hitam, dan kadang-kadang sebaliknya. ( Mohd Asyraf Bin Soid, 2010)

lepas je saya baca bait2 yg tiba2 terkeluar dari hati setelah saya bersembang2 dgn shbt sy d YM.. saya rsa pilu dan tersentak...

mengenangkan betapa banyak penzinaan yang telah saya lakukan terhadap amanah Allah berikan kepada saya... mesti pelik kan, kenapa saya mesti kata "ZINA DGN AMANAH", perkataan zina sendiri dh bermksud dosa besar.. saya telah berdosa besar dgn amanah yg Allah berikan kepada saya.. saya rsa bukan sy shj, ramai lagi d luar sana yang masih lagi bergelumang dengan dosa...

mmg fitrah manusia sama ada lelaki @ wanita suka untuk melihat sesuatu yang indah.. namun kadang2 yang indah saban kali disalah ertikan menjadi sesuatu yang menyalahi fitrah manusia...

yang penting, disini adalah hati kita, bak kata sahabat baik sy, kawal nafsu, sebelum kawal nafsu, kawal iman, sebelum kawal iman, muhasabah diri... 

syaitan dh berjanji akan memusnahkan kita walaupun dgn apa cara sekalipun, masa sekarang, kita berterima kasih dgn kenikmatan dunia, namun kita x sedar syaitan sdg berseronok akan dosa2 yg kita lakukan, mana tidaknya, kawan dia d neraka nanti..

jelas x jelas, saya sebenarnya nk tujukan bingkisan, cetusan minda ini kepada kawan2 yg telah jauh belayar dgn keasyikan dunia, tidak kiralah bercinta adam dan hawa, bercinta adam dan adam, bercinta hawa dan hawa,.. sy rsa x perlu terang lebih kot... :-)

kenalan muslimah saya, ada menyebut, 

"kenapa mereka jadi mcm ini??? sebabnya adalah kesunyian di dalam hati, mereka tidak sedar bahawa mereka mempunyai Allah, tetapi mereka solat, mereka x fhm apa sebenarnya solat, sekadar kewajiapan sahaja, mereka x kenal Allah. mereka x sdr mereka ada ibu bapa dan keluarga yg sentiasa menyanyangi mereka, ini lah punca nya zina, gay, dan lesbian"

sebenarnya, di sini mudah... yg mengawal segalanya adalah hati kita.. jika di dalam hati terdetik sedikit pon akan perkara yg jijik itu, maka mind set perlu disetkan yang benda tu adalah haram, geli, jijik, kotor, hina. sekelip mata kita akan ingat ALLAH!!!!

diri sy bukan semulia mana, sesuci mana, namun, atas kesedaran yg entah mana datang, maka saya katakan ianya hidayah Allah, saya bersyukur.. saya ingin nk ajak kwn2, jagalah hati kita, nafsu kita dan segala2nya....

salam





Wednesday, May 19, 2010

SELAMAT MENEMPUHI UJIAN AKHIR SEMESTER


selamat menduduki UJIAN AKHIR SEMESTER 



kepada semua yg bergelar


BAKAL GURU


di seantero MALAYSIA


khususnya di 


IPG KAMPUS KOTA BHARU....


GoooooOOOOOOODDDD LuuuuuuUUUUUUUK TO U ALL..!!!!

Friday, April 23, 2010

BINA INSAN GURU 2010

BIG - KENYIR - 3 HARI 2 MALAM 


 

Selama 3 hari 2 malam saya g tasik kenyir. kenangan yg amat terindah.. BIG, bina insan guru... program wajib bagi setiap guru pelatih semester 1 ni mmg menguji ketahanan mental dan fizikal para guru pelatih.. gambar sebelah ni saya dan kwn2 tgh ready nk g renang dan kayak.. sngt bez, apa yg penting dlm aktiviti kayak dan renang ni adalah keyakinan pada diri.. heheheh    







tamat aktiviti kayak n renang, mlm tu kena wat persembahan.. hahahah, memang merapu tahap cipan.. bak kata adnan sempit, "biaaaa saaaaa bro" hahahaha, letih.. hahahahaha. mmg mlm tu entah apa2 la kami buat.. so far that the sweetest memory of april.. will never 4get till death...







 




memasak dalam utan slps trekking amat memenatkan.. hahahahah, tp sdp lak rasa sardin yg dimasak dgn kayu api, x caya, balik try.. hahahaha, betol... membe2 semua pandai masak, cuma kami kena buat 3 jenis kuih, semua kuih tu keras daaaa, kena komen terok2 dgn kem komanden merangkap juri.. hahahahaha









ni hari last, kami dh nk balik.... bergambar beramai2... hehehehehehe,.. best gilerzzzz... heheheheheheheh











 ni lah classmate cikgu yg terbaekkkkk!!! hahahahaha, semuanya sporting2 blake.. heheheh,.. sngt sayang kamu semua.. hopefully ukhwah antara kita berkekalan sampai mati..... insyaAllah...




 

   





ini lah satu2 nya aktiviti yg menghitamkan saya dan kwn terok2.. hahahaha, semua jd ala2 komando la.. masa ni putih ag.. selepas beberapa jam... huhuhuhuhu, dh mcm bontot periuk daaaaa... hahahahahahahahah





APA YG JD SELAMA 3H2M TU AKAN SAYA INGAT SEPANJANG NYAWA D KANDUNG BADAN SEBAGAI

KENANGAN TERINDAH

Monday, April 12, 2010

KALI BERTAMA BER"SBE"

Assalamualaikum..

celik mata pagi buta, teringat, eh3, ape la dh jd kat blog aku kan.. agaknya dh berhabuk n berswg2 agaknya.. hurm.. bukak2 tgk, agak la..

xsempat sngt "nk caro", bak kata org klantan, sibuk, bnyk sngt kerja... hehehehe

baru2 ni saya telah ke sekolah selama seminggu.. p jadi cikgu sat kat sana.. pengalaman yg agak syok ar... rasa mcm dh x maw balik kampus lak rasa.. huhuhu

ni ada la gambar2 skit nk tunjuk kat korang semua..








dh mcm guru besar da... hahahahahaha

apa2 pon semua ni dh jd satu kenangan terindah sepanjang semester 1 bergelar pelajar program ijazah sarjana muda pendidikan matematik dengan kepujian....

salam hormat... bye... :-)

Thursday, January 28, 2010

JAGALAH ANUGERAH ITU

  • ada sekali saya ada bg taw dalam post saya "Lembut Atau Keras".
tahu x kenapa saya selalu menerangkan pasal benda ni. hurmmmm,.. lidah ni sangat memainkan peranan penting dalam hidup kita sebagai seorang manusia yg normal.. 

lidah lebih tajam dari mata pisau
saya amat kesal dengan sifat sesetengah manusia yg seringkali menggunakan lidah mereka utk mendapat publisiti murahan seperti populariti. 


pengalaman saya baru2 ni, saya sngt kesal dgn sikap seseorang yang sanggup menghina sahabat handai demi mendapat populariti utk mengangkat diri sendiri. x hairanlah jika dikenali sehinnga 1 kampus. tujuan saya bg taw semua ni bukan nk memalukan sesiapa, saya cuma ingin menyatakan bahawa benda ni adalah SALAH!!!!!!!






Jadi dalam hal sebegini, kita x boleh nak salahkan 100% seseorang yg mcm ni, maybe salah famili dia... ada pendapat mengatakan bahawa macam mana famili itu, begitulah anak2nya.. tapi pendapat sebegini tidak sebenarnya betul, masih ada faktor lain, maybe mental pelajar itu sendiri, pendekatan utk menyelesaikan masalah ini adalah "bertemunya buku dgn ruas" 

Monday, January 11, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Assalamualaikum... May Allah bring you Peace and Happiness!! InsyaAllah..




Selamat Tahun Baru 2010, dan salam Maal Hijrah 1431H.. semoga dgn azam baru tahun ini kita bakal menjadi seorang manusia yang benar2 diredhai oleh Allah SWT, InsyaAllah...

MAAF sngt2 sbb lama x menulis apa2 pon dalam blog ni.. ketiadaan masa dan bizi dengan benda lain membuatkan masa dan ketika tidak dapat diluangkan untuk menulis coretan rasa dan bicara hati untuk dikongsikan dengan kalian semua... Namun pada tahun baru ini saya akan berusaha untuk meluangkan masa untuk berkongsi serba sedikit ILMU.. dan mcm apa yg tajuk blog saya ni kan,.. BICARA RASA TATKALA PENA BERKARYA.. hehehehe

ok... jumpa lagi dalam post2 yg akan datang...

Thursday, October 29, 2009

SETELAH SEKIAN LAMA TER"SILENT"

i'm back.....
assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

salam 1 malaysia.. 

cikgu nak minta maaf bnyk2 sebab dah lama cikgu x update blog nih.. cikgu bz sngt2 dgn bnyk benda... dan Alhamdulillah, dgn berkat keizinan Allah, cikgu diberi kelapangan untuk menulis pada hari Jumaat yg penuh barakah ini.. syukur..

InsyaAllah.. kita akan berkongsi lebih banyak maklumat dan berkongsi idea ttg apa2 sahaja yg cikgu rasakan sswai..

so, jumpa lagi di post2 yg akan datang..heheheh


Tuesday, August 11, 2009

LEMBUT ATAU KERAS??



salam...........

setelah sekian lama cikgu mendiamkan diri, kini, cikgu terdetik hati nk tulis sesuatu...

hari ni topik nye ialah.....

KERAS dan LEMBUT.

ok2, mesti korang tertanya2 kenapa tajuk ni yg menjadi pilihan... saya rasa tajuk ini cukup relevan dgn kita bergelar insani, mukminin, mukminah, sama ada muslim atau non-muslim.

KERAS, mesti org selalu cakap keras ni berbahaya. maksud nya disini ialah, barang yg keras, contohnya kayu, batu, besi, semuanya keras. dan sudah semestinya semua bahan ini sangat bahaya kepada kita jika terpukul, atau dipukul di badan...
kalau dipukul dek besi atau kayu di kepala, mahunya terlantak di hospital sehari atau dua. haha
kesakitan yg dirasai, waduh, mmg la sakit kan kalau dipukul atau "terkena" bahan2 yg keras ni... namun, selepas beberapa ketika, hilang la sakit tu.... kan3? sapa yg x sakit tu boleh la,... 3 kali jumaat kita pakat pi makan nasi free kat umah dia 3 hari berturut2. hahahahaha

LEMBUT, saya bukan nk ckp psl org lembut, namun, "barang lembut". hahahaha, think positive always k... haha.. hmmm, contoh barangan lembut yg selalu kita tengok, "jelly", agar2, apa2 ja lah yg lembut... kalau yg saya sebut td tu, semuanya enak dimakan, kan3? hahaha. semua org suka. semua oramng nak... kenapa??? kalau kena kat badan pon x sakit, masok perot kenyang.. hahahaha... hmmmmmmmmm

namun ada satu benda lembut yg akan meninggalkan rasa "sayang", "suka", "marah", "dendam", dll lagi lah.. benda tu ialah LIDAH kita sendiri...

dalam kelembutan lidah kita melunakkan kata-kata, namun kita harus acapkali berfikir samaada benda yg kita perkatakan menyakitkan hati sesetengah org dan sebaliknya iaitu menggembirakan org lain...
kalau menggembirakan x pa la. bagus lah,, org akan ingt sampai mati benda tu.
dan..............
kalau benda yg kita nk ckp tu agak "pedih", benda tu lah akan diingati sampai mati, akan menjadi satu kesakitan yg kekal dalam hati.. hmmmmm, beratkan???

walau pun selembut2 lidah, namun "lidah ini lebih tajam dari mata pedang"... so, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua, marilah kita sama2 menjaga pertutuiran kita semoga tidak ada org yg bakal sakit hati dengan apa yg kita cakap...

so, setakat itu dululah apa yg saya nk ckp ari ni.... salam

ADIOS, AMIGOS!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 26, 2009

AKU MERINDUINYA

lidah tidak lagi bisa bicara,
bibir kaku tanpa daya,
hanya airmata bisa menghuraikan semua,
namun tiada mata yang bisa mengerti,
apa yang hatiku berbisik-bisik,
kesesakan sel-sel otak membuntukan aku,
mencari dimanakah kamu,
hatiku sepi tanpa nada,
hanya warkah dan tinta yang bisa mentafsirkan segalanya,
mencari hijab yang membedakan imanku,
tatkala hembusan nafas ku menjadi sia-sia,
lebih reda aku kembali menjadi tanah,
daripada terus sengsara diulik mimpi,
dunia yang fana...

Tuesday, July 21, 2009

MUHYIDIN YASIN, NAH NI !!

salam..............................................

setelah ppsmi dimansuhkan, naib presiden umno merangkap menteri pelajaran merangkap timbalan PM sangat "peka" dan amat prihatin.. baguslah, beliau nk memartabatkan bahasa melayu.

sedangkan kebolehan pelajar menguasai bahasa inggeris sudah mulai menguasai diri, ianya dimansuhkan, biarlah, ibarat lirik dalam lagu lama2, " engkau gajah, aku hanyalah semut merah", kita rakyat hanyalah mampu menundukkan kepala seperti "jepun datang tanah melayu", patuh dan ikut sahaja lah. hmmmm

namun, baru2 ini beliau telah membongkar satu rahsia yang sejumlah besar pelajar masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 2M..????? membaca dan menulis...

hmmm, hal ini amat serius. walhal dalam bahasa inggeris pon x boleh, masakan bahasa melayu. membaca dan menulis dalam bahasa ibunda pon xtahu. ini sangat serius...

kerajaan di bwh kementerian pelajaran menyatakan sebab yang kegagalan pelajar2 ini menguasai 2M ialah disebabkan oleh faktor seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan masalah kesihatan yg lain..

di sini saya ingin mengajukan beberapa langkah yg wajar diambil oleh para ibu bapa, kerana masalah ini guru tidak patut dipersalahkan sepenuhnya. antara langkah2 ini ialah:

1) ibu bapa membawa anak ke kelas tadika @ pusat asuhan kanak2 yg menawarkan program belajar membaca dan mengeja..

2)ibu bapa patut meluangkan masa paling sedikit 1 jam untuk bersama anak2 menelaah pelajaran

3) pelajar2 darjah 1 wajib mengikuti MEDICAL CHECKUP di hospital bagi mengesahkan bahawa mereka adalah normal dan tidak bermasalah

4)kerajaan harus mensubsidi bajet bagi proses medical checkup ini (free of charge) selama sekurang2nya 2 bulan sebelum memasuki darjah 1. @ dikenakan bayaran pesakit luar rm1 @ rawatan berjumpa pakar rm5. = bayaran utk medical checkup.

saya rasa sebagai bakal guru pelatih saya merasakan bahawa jika hal ini tidak diambil serius oleh semua pihak, hal ini akan berlanjutan sampai bila2.

tu je lah utk hari ni......

salam...

Tuesday, July 14, 2009

tuan guru ni aziz... tenkiu...


gelak dulu : hahahahahahah hihihihihihih hehehehehehehehe

saya selaku wakil rakyat kelantan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz BIn Nik mat kerana telah memberi satu cuti umum kepada semua rakyat pada hari ini.



aik? gambar apa ni?? sesak sangt dengan kereta bas n motosikal... pasar malam ke?
hehehehe, xla... ni la pilihanraya kecil manik urai di kelantan yg berlangsung pada hari ini...

hehehehe, nik aziz bg cuti, waaaa. alhamdulillah... bez giler...

kepada golongan yg pro pembangkang(umno), dan pro kerajaan(pas) mesti sudah berpusu2 ke manik urai untuk berkempen... cayok3, semoga korg semua menang k... hahahah

kepada yg org yg x pentingkan sangat pasal benda2 alah ni, mesti korg boleh luangkan masa bersama famili kan... hehehehehe, mesti bez kan.....




bawak famili g ke taman pembandaran tunku anis ke.. jogging, kelah n riadah.. lagi berfaedah kan.. hihihihihihihi


g kelah d pcb pon bez... hehehehe, angin sepoi2 bahasa.. waaah, pekena air nyior susu.. sedap3
g shopping kat kb mall... hihihihi, mkn kfc, mcD, pizza.. hehehe, sory2, yg grand2 xde sini.. huhuhuhuhuhu...

hahahaha
bnyk lagi aktiviti yg boleh d buat cuti2 ni kan.. walaupon sehari, tetapi kalau dimanfaatkan sebaiknya, ia akan jd sesuatu yg amat bermakna.....


Sunday, July 12, 2009

tapi... biarlah....




ya salaaaammmmm....

Masih lagi isu ppsmi...

hari ini setelah lama aku berfikir, aku telah berpuas hati dgn apa yg telah diputuskan oleh kerajaan...

mungkin aku adalah di antara org yg boleh menerima ppsmi dgn baik, dan tanpa aku sedari lebih ramai manusia d luar sana yg mungkin amat "lemah" mendengar ppsmi..

kajian UNESCO juga menyatakan bahawa input yg diperoleh oleh pelajar diantara umur 7-12 tahun adalah lebih 90% jika menggunakan bahasa ibundanya...

demi menjaga golongan majoriti yg menolak ppsmi, yakni golongan luar bandar dan guru2 lama. maka, kerajaan telah memansuhkan dasar ini, bukan atas sebab politik atau desakan mana2 pihak, tetapi demi kebaikan semua rakyat..




"soft landing" diuar2kan oleh TPM adalah sangat relevan... slow2 mansuh!
sangat bagus..

walaupon hati saya amat sedih dgn isu ini, namun, saya dan sesiapa yg membantah pemansuhan ppsmi ini haruslah memikirkan golongan majoriti yg mungkin akan terjejas dari segi akademik sebab ppsmi ini....

so, kita sebagai rakyat hanya mampu mengikut..



"taatlah pada Allah, taatlah pada rasul-Nya, dan taatlah kepada pemimpin anda selagi mana dia tidak menyuruh kepada kemaksiatan"

maka, kita sebagai pengikut haruslah sentiasa patuh dan taat kepada pemerintah..

korbankanlah rasa hati ini demi "berjuta" hati yg lain...

salam...

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI oh PPSMI


saya sungguh kecewa melihat logo di atas. apa tah lagi dgn apa yg telah disuarakan oleh TPM tentang pemansuhan PPSMI. saya amat kecewa...

kenapa saya kecewa1) saya telah mula mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris sejak tahun 2003. kami ialah golongan 1st batch yg belajar subjek2 ini dalam bahasa inggeris. kenapa tidak ditanya kami akan hal ini, kami telah melaluinya, kenapa bertanya kepada A SAMAD SAID? GAPENA? dan persatuan2 lain yg konon memperjuangkan bahasa melayu. di sini saya bukan anti bahasa melayu. namun ppsmi ini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak umtuk kepentingan individu. serius ini adalah matlamat "mereka".

persoalan di sini, kenapa tak tanya kami, yg melaui sendiri hal ini.

2)saya seorang bakal guru yg bakal mengajar di sekolah rendah pada 2013, insyaAllah. setahun selepas ppsmi dimansuhkan. kenapa x tanya guru pelatih?????? kenapa dgr ckp org lama, yg mkn garam dulu?? x semestinya semua warga tua betol. mereka juga manusia, mmg betol mereka lebih berpengalaman, tetapi adakah mereka belajar dulu sains dalam english.

saya sngt kecewa. sangat2 kecewa.

3)saya sangat kecewa, saya tel;ah memberi komen kepada Tun Dr mahathir berkenaan hal ini. dan saya harap tun dapat memberi komen tentang apa yg saya katakan.

nanti................

guru dan pelajar seperi itk dan ayam. pelajar x faham. gurunya menggunakan terms in english....

so, i think tjhat, they will regret...

saya x tawu nk ckp apa sbb kekecewaan yg teramat sangat.....

ya salaaam.

Sunday, July 5, 2009

kini aku.... :-) dan :-(




for the really first time, i wanna share some story with u all...
apa yg aku nk cerita?? sekarang ni, aku nk cerita pasal kehidupan aku d kampus..

16 julai ni genap lah setahun aku di sini... namun aku kian lalui pelbagai liku dan cabaran di sini. ada suka ada duka..

namun,, aku tetap berfikir bahawa semua yg terjadi ada hikmatnya....



baiklah, kita mula dgn yg gumbira dulu.... membe rapat aku, mmg baik sngt dgn aku, alwayz with me in what ever condition...arep, azuwan, faiz,..... but, satu jer, dorg x sama mcm zul n nazrul.. dorg x faham aku, dorg juz kwn je dgn aku.. xda saling memahami pon, lain dgn aku dgn membe sekolah dulu, kami sngt memahami, tahu apa yg suka, apa yg x suka... maybe alasan baru setahun tu boleh guna kot,.. hmmm,

classmate aku yg baik2 bnyk pompuan la dlm kelas, dorg baik sngt.. aku da anggap dorg ni mcm adik beradik aku dah.... fatin.... jieja,... kina,... tiqah,.. aisyah... laa,... yg lain2 tu just layan yg ensem2 ja.. huhuhu.. tapi dgn dorg ni xda wujud perkataan "diskriminasi".. tu yg aku suka...

lecturer aku dr sem 1 sampai sem 3 ni, semua aku syg.. baik2 sokmo... hehehehe, tambah2 en samsudin, pn swaibal...

yg paling bez is masa kelas2 maths g sukan rekreasi, kteorg kena kayak. thats la my first time kayak.. bez gila... heheheheh... suka sngt.. aku kena dgn kina kayak, aku sorg je yg kayak, dya rilek ja, huhuhu, xpe2, jnji aku enjoy.. haha



haaa, ni da masok bab yg menyedihkan aku kat sini....

ada satu org hamba allah ni dalam kelas sejak sem 1 sampai la sekarang,,.. mulut nya ya RAbbi!!! ini lah kali pertama aku jumpa org yg mcm tu... dalam sehari dia xkan diam dari buka mulut berkata kat org, cari kesalahan org, kutuk org, maki org, beri gelaran kat org.. aku x terkecuali dari salah seorang mangsa...
aku berdiam diri selama 2 semester lepas, namun sem ini aku telah bertekad yg aku akan fight utk lwn dia... lawan tu bukan maksud bertumbuk @ bersepak2...
tapi in other word aku akan slow talk dgn dia, dalam hati aku ada kata "kalau aku wat mcm ni maybe aku akan x cakap dgn di dalam 1 tempoh masa, tapi biarlah, utk kebaikan aku gak,,,..""
so, aku tekad aku nk wat benda tu, tapi, kalau face to face, dia kan bnyk ckp, so, aku ambik keputusan aku akan ckp dgn dia melalui YM...
setelah bla... bla... bla... dgn dia.. semuanya jd diam.. dia x tegor n kata2 kat aku lagi, n aku rasa aman mcm tu.. biarlah x ckp pon, jnji aku hepy... n hati aku tenang... xkan selepas menyedarkan dia aku yg jkena minta maaf??? aku sakah??? xkan.... ptt dia yg dtg n minta maaf sbb dia yg timbulkan hal ini, dia yg jd penyebab kepada huru hara d dalam kelas...

so, ignore him.....
hahahahahahahaahahah

ok ok ok... mcm mana dgn budak laki kelas aku... semuanya x berapa baik sngt dgn aku... just biasa2 ja... wat hal masing2 ja... n dtg kat aku kalau ada hal... ada benda yg dorg boleh take advantage from me... hmmm, itulah lumrah dunia... dan aku reda,..
contoh la kan, ada yg baik2 dgn aku nk ajak aku join biznes dorg, biasa la MLM yg fames2 lani... hmmmmm,.....

tetapi kebanyakan budak laki dlm kelas aku just cari publisiti, menpubmu... hmmmm, hahahahah... tapi ok la gak, riuh skit kelas tu dr senyap sepi je...

so far, tatkala aku menaip blog ini masok 1 mesej dalam YM aku :http://ceramicclubkb.blogspot.com/.... hahahahah, ni lah matlamat dorg baik2 dgn aku.... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm,

lecturer aku kata "jgn jadikan kerjaya cikgu sebagai part time anda..." dalam sngt maksud ayat tu.... so..... aku prefer nk fokus on stdy nk jadi guru.... amin....

tu je lah yg dapat aku kongsi.. dan hati aku rasa lega sbb aku dapat kongsi apa yg aku rasa.....

Saturday, July 4, 2009

bulan Allah











bulan rejab... waaaa, pasti ramai yg berpuasa sunat kan... hehehe, bagos3

nabi Muhammad S.A.W bersabda barang siapa yg...

1) berpuasa 1 hari - spt b'puasa 40 tahun dan d;beri minum air syurga. dan seperti juga menegrjakan ibadah seumur hidup.

2) berpuasa 3 hari - dijadikan parit yg panjang sebagai penghalang utknya memasuki neraka

3) berpuasa 3 hari + beribadat pd malamnya - spt berpuasa 3ribu tahun, diampukan 70 dosa besar tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya, ditunaikan 70 hajatdlm kubur, ditunaikan 70 hajat ketika alQuran naik ke langit, ditunaikan 70 hajat ketika timbang amaklan di mizan, ditunaikan 70 hajat ketika berada di titian sirotolmustaqim.

4) berpuasa 4 hari - diafiatkan(dijauhkan) dari bala dan penyakit besar dan dijauhklan dr dajal pd hari kiamat

5) berpuasa 5 hari - aman drpd azab kubur

6) berpuasa 6 hari - bercahaya mukanya apabila keluar dari kubur

7) berpusa 7 hari - dirtutup 7 pintu neraka

8) berpusa 8 hari - dibuka 7 pintu syurga

9) berpuasa 9 hari - tdk akan ditoka utk memasuki syurga

10)berpuasa 10 hari - dijadikan sayap utk melintasi titian sirotolmustaqim

11)berpuasa 11 hari - pd setiap batu(mile), akan diadakan setiap perhentian baginya.

12)berpuasa 15 hari - spt berpuasa 100ribu tahun

13)berpuasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dan menjadi antara golongan pertama melihat Allah di dalam syurga.

12)berpuasa 19 hari - dibina bgnya mahligai d hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam.

13)berpuasa 20 hari - d ampunkan doa\sa lalau dan mulailah beram,al barang yg tinggal dari umurnya(pembaharuan umur)


selain memperoleh apa yg dijanjikan oleh Allah SWT. kita juga dapat kelebihan d dunmia lagi..
1)nikmat kesihatan
2)dapat jimat duit... heheheheheh

so, ya salaaaaam rejab, dan selamat beramal....

Thursday, June 25, 2009

kapel???

melayu sebut kapel, but the rite word is couple.. hehehe, saja la melayu kan, nk jd hak milik kekal.. hahahaha, but, what do u think about kapel???

ok2, jom ikot kes2 ni .....

KES 1


hmmm, let us start with an ordianry story... satu pasangan kekasih yg baru kenal,.. waaaa, semuanya time ni bez... kentut pun wangi la kan, hahahah.. ayat kat awek mak aiii, aduyaiiiii, juwang bin jiwang lah.. mmg kalau masuk karangan 4 sure lah lecturer bg A lah, sbb metafora n hiperbola ada d mana2... hahaha

hari kedua, ketiga.. ketujuh.. wow, rasa dunia ni ana yg punya.. semuanya tetap indah d mata,....
namun apa jd selepas sebulan, 2 bln?? ni selalu jd kat psngn yg x penah jumpa... kan dah abis dah dalam folder otak ayat jiwang, so situasi kini menjadi bisu, dan aaaaaaku, layu! hahahaha, mcm bunkface ckp... hmmmm, mmg suram la ka, pastu adegan "bowink" akan bermula... so, selalunya lelaki la yg nk cari fasal, sbb?? ye la, yg pompuan ni sent msj punya la pnjang, lakinye, "ye... ok.... ye.... ok..." hahahahah, mcm tu akan jd kan, hahah

then, pompuan pun mula la... "nape ni, xbls msj saya(b,syg,ma n yg sewaktu dgnnya)" pastu at last apa yg jd??? fakat2 mencari fasal la.. apa lagi... gaduh...... n then, kalau ada jodoh sambung balik... kalau x pandai main ayat, clash....

KES 2

ni la kes yg paling aku benci, kapel dgn org sekelas.. classmate, kalau rumate dah lain jdnya... wahahahaha.. kapel dgn classmate.. mmg la ada org ckp, dah jodoh... nk wat cmna.... tp agak2 la... ni sampai org sekelas lain dah geli tengok tu apa kes????? directly dlm kelas " sayang2, sayang tdo kol bpe smlm???" aduyaiiiii, meluatnya... hahahaha.. dah tu, jumpa dalam kelas hari2, lepas tu dok lepak d kafe 3 4 jam,.. pegang2 tgn... hmmmm,

bali d bilik x puas lagi... ada yg beli simkad HEPPY, ckp brapa jam bpe minit tah.. (xlayan k, upax je) hmmm, mesej riban2 sehari... Ya ampun!!!! tu x kisah la, dorg punya hal lah... tp yg dlm kelas tu... bkn kita ni jeles or what.. tp agak2 la....

KES 3

kapel, tapi parent x tau.. cmna ni? apa mksud aku?? haaaaaa, meh sini nak habaq. kapel dah bertahun-tahun, kenal la kan, schoolmate, coworker, sekolej or whatever la kan.. xpe la jgk, kelas lain2.. haha, bercinta bagai nk rak. heboh sekolej, satu sekolah, or satu pejabat... kiranya mcm belangkas la.. berkepit ja mana2 pon.. hahaha...

n then 1 hari terdetik hati si anak dara ni nk tnya pndgn bapa dya kalau dya kapel. "xda hal lah, sapa budak tu?, bapa dya keja apa?, asal mana", tnya si bapa... kebetulan ada 1 jwpn yg bapa ni x berkenan.. cth la,, "bapa dia keja polis", jwpan yg bapa x ska tu la kan... "aku benci polis, dari dulu lagi, kalau nk berbesan kan polis, haram. aku nk ko putus dgn dia.

hah, sudah! aduyaiii, anak dara yg pilu ni pon g taw la si romeo ni apa yg bapak dya nak... maka berlinangan la air mata si jantan yg mak bapaknya sporting (if sporting, if not, bnda sama ja akan jd)... lepas tu, org sekolej, setempat kerja, dll, tnya apa pasal dorg ni?? kalau x berkepit ja.. kesian la kan, mcm2 spekulasi timbul,, huhu... pompuan tu pon nangis gak la... waaaaaaa :-((

mawu x nye, dah dalam dah cinta yg dorg bina d mahligai hati masing2, ttbe tanpa restu famili ini semua terjadi,..

TUTUP KES YG ARIFF, (ok x nazrul??, hahaha)

so, moralnya, kalau nk kapel, jaga batas pergaulan, kena saling memahami, kena bertolak ansur, cari topik lain2 yg dapat mengukuhkan hubungan, dan yg paling penting, restu ibu bapa tu yg penting...


p/s: cita ni berdasarkan pengalaman sahabat handai yg mengenali diri ini, d harapkan jgn mrh2, sbb xda bukti aku ckp psl korg.. hahahahahaah, x leh saman.

Tuesday, June 23, 2009

bila Dia...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...