Pembaca Si Pencerita

Friday, April 10, 2009

apa yang saya fikir antara PAS dan UMNO

saya fikir, PAS dan UMNO patut saling berfikir ke arah yang lebih positif.

1) UMNO dan PAS adalah berdasarkan matlamat yang sama. Ingin menegakkan
Islam dan Melayu.

2) Apa tujuan UMNO bergabung dengan MCA dan MIC dan parti2 lain,
dan apa pula tujuan PAS bergabung dengan PKR dan DAP????
kenapa kita tidak pernah terfikir perkara ini?

kedua-dua parti politik ini menyuarakan tentang DEMOKRASI !

3) jika PAS menyalahkan UMNO, dan UMNO menyalahkan PAS, mereka ibarat
seseorang yang sangat bodoh.

4) mengapa??? kerana mereka tidak pernah terfikir yang ada "seseorang" yang
cuba memperkotakkatikkan keadaan???

5) siapa??? individu tersebut hanya mahu menuntut kepentingan peribadi sahaja.
dan hasilnya kita umat islam, tidak kira PAS atau UMNO, saling mengutuk
antara satu sama lain. Kita tidak sedar, kita menyembah ALLAH juga, kiblat
kita masih lagi Kaabah. Nabi kita masih lagi MUHAMMAD s.a.w

6) jika PAS dan UMNO mahu mengungkit hal-hal lama, dan saling tidak mahu
memaafkan, maka tidak akan wujud jalan penyelesaian bagi hal ini.

7) sedangkan Nabi ampunka umat. inikan pula dua parti politik yang tunggak
asasnya adalah sama iaitu Islam saling bergaduh seperti anjing dan kucing??

8) dimana silapnya di sini?
kongsilah pendapat anda bersama-sama saya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...