Pembaca Si Pencerita

Wednesday, July 31, 2013

Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya! Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
 Pemuda : Kulit.
 Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…

 Wallahualam…..

Thursday, July 25, 2013

RASULULLAH...


*note, lirik sila ikut di bawah

RASULULLAH - (MUZIK LAGU ROZANA : SEARCH)

Insan idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Kekasihku

ingin benar bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku

( korus )
RASULULLAH
Kau insan idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh RASULULLAH

RASULULLAH
Insan idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
RASULULLAH

Monday, July 22, 2013

Husnul Qhotimah

Assalamualaikum wbt..
Saya nak kongsi satu video dengan kawan2 semua.. Tersentuh hati saya menonton video ini.. sama2lah kita.. amalkan sama doa ini..

"اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة "

Video di Facebook.. click kat link d bawah ni..

https://www.facebook.com/photo.php?v=598016653572335 

semoga kita sentiasa ingt pada Allah.. Aameen.

Saturday, July 20, 2013

Ketupat Sotong

Assalamualaikum...

Hehehe, lama dah dok dengar je, perihal ketupat sotong.. First time dengar, mcm mana lah rupanya. Masa tu masih di program persediaan. IPG x ada internet lagi nk google2 nih.. Just Imagine it look like ketupat tiga segi, then ada sotong inside, FUNNY. LOL

Minggu lepas, start hari Ahad, terasa nk mkn "tupak sutun". Tu org sini2 sebut la. hilang "g" nye. haha.  Teringat praktikummate ni org ganu, dan bnda ni fames di teganu, Jadi apa lg, start hari Ahad, sampai Khamis, sebut sokmo nak3. x malu, tp xpe, usaha tangga kejayaan.

Khamis dorg ckp nk balik.. Pesan lagi,. Dorang kata tengokla3. xpe, saje je sebenarnye..Pagi tadi dorg call. cakap " Aku bwk Tupak Sotong ke mung ni, mung nok dok?". Bakpe x mboh nye... Berbuka puasa td, membaham lah wal ketupak wal sutun. Wal sedapnya la........ sedap3.



NIN DIAAAAAAAAAAAA!!!
Termakbul hajat nk makan bnda alah ni, Syukur Alhamdulillah... (excitednyela smpai diblogkan kan?)
terima kasih kpd kawan2 dua org tu. Khuzaida dan Farahim.. tq so much! hehehe. Sapa yang belum rasa, kena rasa. hehe

Friday, July 19, 2013

Mungkin esok bukan hari kita

Assalamualaikum wbt...


Saya terbaca blog kawan baik saya berkenaan dengan Mungkin esok bukan hari kita, dan intipatinya sngt menarik,. cer tengok., klik link bawah ni.. hehe.. 



Terima kasih GB

Assalamualaikum..

MasyaAllah, Allahuakbar, Subhanallah, Lailahaillah....
Sedar x sedar dah 10 hari berpuasa... Alhamdulillah, setakat ni syukur, semuanya dipermudahkan...

Banyak yang berlaku, dan banyak masa dihabiskan di sekolah sepanjang Ramadhan, internship. iaitu membuat program-program di sekolah, lebih kepada melatih dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri guru. guru besar sekolah, En. Kamaruddin bin Haji Ibrahim seorang guru besar yang sangat baik. ini dia orangnya...


orangnya hensem bergaya, dan sangat berkaliber dan bercita-cita tinggi. beliau banyak memberi tunjuk ajar., ilmu kepimpinan, dan lain-lain. banyak yang dia sampaikan kepada saya antaranya, kita mesti berani, dan jangan mudah mendegar cakap orang. ini adalah satu ilmu yang saya tak akan lupa sampai bila-bila.

satu ayat dia yang akan saya ingat sampai bila-bila adalah :

"Lebih baik kita banyak bertanya, kerana kita hanya bodoh 5 minit sahaja. dan jika tidak banyak bertanya, kita akan bodoh selama-lamanya"

kata-kata beliau sngt mendalam.. saya mentafsirkan apa yang beliau katakan sebagai satu motivasi untuk kita sentiasa bertanya dan bodoh sombong.  tepat jugak dengan pepatah, "malu bertanya sesat jalan".

jadi, sebagai manusia yang penuh dengan khilaf, kekurangan, dan kelemahan., kita saling memerlukan antara satu sama lain. yang cerdik memerlukan yang kurang cerdik, yang lemah memerlukan yang kuat, yang kaya memerlukan yang miskin, atau dalam kata lain, Allah telah jadikan kita semua saling melengkapi antara satu sama lain.. hehehe jadi, hargai lah, org d sekeliling anda, kerana mungkin kehilangannya akan dirasai.. :-)

Thursday, July 18, 2013

Five and A half Years...

Salam A'laik...

Siang tadi, malam ni, sy nmpk bnyk rakan2 mengeluh, kecewa dengan apa yg diperkatakan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.. bekas KP Pelajaran Malaysia.

Terngiang-ngiang di telinga, saat mula mendaftarkan diri pada 14 Julai 2008, 5 tahun lepas, di Dewan Wawasan, IPG Kota Bharu, ucapan oleh bekas Timbalan Pengarah, Tuan Haji Yajid bin Yaakob yang berbunyi..

"Anda semua adalah bakal guru yang akan mengisi kekosongan pada tahun 2014"
Pada saat itu, pelajar baharu, ibu bapa saling memandang antara satu sama lain, tersenyum, terfikirkan akan masa depan yang menanti sudah menampakkan sinar dan jalan yang betul. Ada yang sanggup keluar dari IPT yang berprestij untuk ke IPG, semata2 untuk menjadi guru, dan ada yg benar2 berminat menjadi guru sesungguh hati.

5 Tahun lepas, siswazah IPG ditabur, disemai, dan dibaja dengan nilai keguruan, sehinggakan yang dahulunya terpaksa menjadi guru, kini rela hati, seronok, malah sayang dengan kerjaya ini. Latihan praktikum selama 3 fasa, iaitu fasa 1 sebulan, fasa 2 dua bulan, dan fasa 3 tiga bulan, yang semuanya selama 6 bulan banyak meninggalkan kesan yang mendalam untuk menjadi seorang guru yang baik pada masa hadapan.

NAMUN,

segala-galanya berubah oleh sebab 1 dasar... lanjutan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga 60 tahun... segala janji manis 5 tahun lepas di dalam Dewan Wawasan seakan-akan terngiang-ngiang kembali. hati memberontak, jiwa bergelora, perasaan kecewa datang penuh menenggelamkan lain rasa dalam hati...

selagi perkara ini tidak sah dan tidak sahih, percayalah bahawa apa yang diperkatakan oleh  Tan Sri Alimuddin Mohd Dom adalah pandangan peribadi beliau melihat kepada senario semasa. selagi mana pucuk pimpinan  sekarang masih tidak mengeluarkan apa2 kenyataan, maka kita mesti terus tetap berdoa, dan yakinlah, bahawa Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita.

inshaaAllah, percayalah yang kita tidak akan dipersia2kan... percaya pada Allah, takdir, qada dan qadar nya..

Salam untuk 2013, Ramadhan menggamitku ke sini



Assalamualaikum...

berhabuk2 dah blog ni.. almaklumlah, lama meninggalkannya bersendirian.. berseorangan, tanpa sebarang berita.

Salam Ramadhan AlMubarak kpd semua kawan2..

Malam ni x dapat ke masjid untuk berterawih berjemaah, namun masih boleh kan buat sorg2, x salah pn, perkara sunat, namun, mcm diberitakan, yang sunat jika berjemaah, pahala seperti melakukan solat wajib,. dan yg wajib jika dilakukan bersama berlipat2 kalilah pahalanya.. hehe.

Seronok tengok kawan saya sorg ni, sokong dia, blog dia menarik jugak.. hehehe., dan apa yang dia kongsikan saya sngt setuju, 300%!! selamat membaca....

http://puansenanghati.blogspot.com/2013/07/petani-vs-guru.html?spref=fb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...