Pembaca Si Pencerita

Friday, June 19, 2009

Onani???

ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ

Mungkin ada yang tidak tahu apakah erti onani. Ia adalah istilah bagi satu bentuk perbuatan merangsang diri dari segi seks. Istilah lain yang sering digunakan ialah masturbasi atau coli, juga diistilahkan dalam bahasa pasar sebagai 'melancap' atau 'main sabun'. Tapi bolehkah suami melakukan onani ke atas isteri atau sebaliknya? Sebelum mengetahui mengenai hukum-hakam onani, lebih baiklah kita tahu apakah erti onani itu.

Dalam kamus bahasa Arab, kata “istimna” atau “Jildu” dan “Umairah” berarti mengeluarkan sperma dengan tangannya, kemudian Istimna, apabila sering dilakukan akan menjadikannya sebagai adat dan kebiasaan bagi yang melakukannya, sehingga lahirlah makna baru yaitu “Al-’Adah As-Sirriyah” yang ertinya adat atau kebiasaan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Onani, masturbasi, coli, main sabun, dan lain-lain, merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan seseorang yang masih muda dalam memenuhi kebutuhan seksualnya, dengan menggunakan tangan mahupun dengan menambahkan alat bantu berupa sabun atau benda-benda lain, sehingga dengannya dia bisa mengeluarkan mani dan membuat dirinya (lebih) tenang.

Istilah Onani sendiri, berasal dari kata Onan, salah seorang anak dari Judas, cucu dari Jacob. Dalam salah satu cerita di Injil, diceritakan bahwa Onan disuruh oleh ayahnya (Judas) untuk bersetubuh dengan isteri kakaknya, namun Onan tidak bisa melakukannya sehingga saat mencapai puncaknya, dia membuang spermanya (mani) di luar (di kemudian hari tindakan ini dikenal dengan istilah azl (dalam bahasa Arab) atau coitus interruptus (dalam istilah kedokterannya). Dari cerita Onan ini terdapat dua versi. Ada yang berpendapat bahwa Onan berhubungan badan dengan isteri kakaknya lalu membuang maninya di luar. Dan ada juga yang menyebutkan bahwa Onan tidak menyetubuhi isteri kakaknya, malainkan ia melakukan pemuasan diri sendiri (coli) karena ketidak-beraniannya untuk menyetubuhi sedangkan berahi di dada semakin memuncak, sehingga dari perbuatan Onan ini lahirlah istilah Onani sebagai penisbahan terhadap perbuatannya. (http://arisusanto-bogor.blogspot.com)

Onani adalah perbuatan merangsang diri sendiri dari sudut seksual agar menjadi ghairah dan boleh mencapai klimaks. Ia bukan dilakukan oleh oranglain terhadap diri seseorang. Jika ia dilakukan oleh oranglain yang bukan suami-isteri yang sah, ia dianggap maksiat yang menghampiri zina. Jika dilakukan sesama jenis lelaki, ia dipanggil maksiat homoseks 'gay'. Jika sesama jenis wanita, ia adalah maksiat homoseks 'lesbian'.

Tapi jika isteri lakukan pada suami yang sah (maksudnya merangsang zakar suami hingga terpancut mani) itu bukan onani tapi merupakan perbuatan yang harus. Jika suami melakukan ke atas isteri, itu termasuk istimta' yang harus hukumnya dan ia tidak dikategorikan sebagai onani. (sila rujuk http://www.zaharuddin.net)

Secara umumnya ada pihak berpendapat bahawa onani adalah merupakan 'jalan keluar' bagi meredakan gelojak nafsu syahwat. Onani bukan saja dilakukan oleh sebilangan teruna tapi juga oleh sebilangan anak gadis. Pengaruh Barat yang mencanangkan kebebasan seks (menggalakkan zina) adalah amat bahaya terhadap pembentukan pemikiran anak-anak muda Muslim dari segi seks. Ada yang berpendapat bahawa onani bukan perbuatan yang dapat mengelakkan diri dari melakukan zina tapi merupakan perbuatan yang boleh menjerumuskan diri seseorang ke kancah zina, na'uzubillah. Dalam Islam sendiri sudah jelas diberikan panduan untuk mengekang gelojak nafsu syahwat, iaitu dengan berpuasa, bukan dengan melakukan onani.

Apakah statistik seluruh dunia berkaitan onani? Menurut Sheri & Bob Stritof, terdapat konsensus mereka yang melakukan analisis statistik terhadap golongan yang melakukan onani iaitu 90% dari jumlah lelaki dan 65% dari jumlah wanita melakukan onani dari masa ke semasa. Sue Johnson, seorang kaunselor seks menyatakan bahawa statistik yang menyatakan 99% dari jumlah lelaki dari semua peringkat umur melakukan onani secara kerap adalah satu pembohongan. Cory Silverberg pula menyatakan bahawa Soalselidik Kinsey mendapati hampir 40% dari lelaki dan 30% dari wanita (yang sudah ada pasangan) melakukan onani, satu kajian oleh pembaca Playboy mendapati 72% dari lelaki yang telah berkahwin masih melakukan onani, kajian dari pembaca Redbook pula mendapati bahawa 68% dari wanita yang sudah berkahwin melakukan onani.

Dari statistik di atas, peratusannya adalah amat tinggi. Pada hemat saya, statistik tersebut mungkin tidak tepat dikalangan masyarakat Islam. Ianya mungkin jauh lebih rendah dalam masyarakat Islam. Saya tidak menemukan statistik peningkatan onani di kalangan masyarakat, namun secara umumnya mungkin pengaruh kebebasan seks Barat telah menyebabkan ianya meningkat. Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...