Pembaca Si Pencerita

Tuesday, July 21, 2009

MUHYIDIN YASIN, NAH NI !!

salam..............................................

setelah ppsmi dimansuhkan, naib presiden umno merangkap menteri pelajaran merangkap timbalan PM sangat "peka" dan amat prihatin.. baguslah, beliau nk memartabatkan bahasa melayu.

sedangkan kebolehan pelajar menguasai bahasa inggeris sudah mulai menguasai diri, ianya dimansuhkan, biarlah, ibarat lirik dalam lagu lama2, " engkau gajah, aku hanyalah semut merah", kita rakyat hanyalah mampu menundukkan kepala seperti "jepun datang tanah melayu", patuh dan ikut sahaja lah. hmmmm

namun, baru2 ini beliau telah membongkar satu rahsia yang sejumlah besar pelajar masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran 2M..????? membaca dan menulis...

hmmm, hal ini amat serius. walhal dalam bahasa inggeris pon x boleh, masakan bahasa melayu. membaca dan menulis dalam bahasa ibunda pon xtahu. ini sangat serius...

kerajaan di bwh kementerian pelajaran menyatakan sebab yang kegagalan pelajar2 ini menguasai 2M ialah disebabkan oleh faktor seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan masalah kesihatan yg lain..

di sini saya ingin mengajukan beberapa langkah yg wajar diambil oleh para ibu bapa, kerana masalah ini guru tidak patut dipersalahkan sepenuhnya. antara langkah2 ini ialah:

1) ibu bapa membawa anak ke kelas tadika @ pusat asuhan kanak2 yg menawarkan program belajar membaca dan mengeja..

2)ibu bapa patut meluangkan masa paling sedikit 1 jam untuk bersama anak2 menelaah pelajaran

3) pelajar2 darjah 1 wajib mengikuti MEDICAL CHECKUP di hospital bagi mengesahkan bahawa mereka adalah normal dan tidak bermasalah

4)kerajaan harus mensubsidi bajet bagi proses medical checkup ini (free of charge) selama sekurang2nya 2 bulan sebelum memasuki darjah 1. @ dikenakan bayaran pesakit luar rm1 @ rawatan berjumpa pakar rm5. = bayaran utk medical checkup.

saya rasa sebagai bakal guru pelatih saya merasakan bahawa jika hal ini tidak diambil serius oleh semua pihak, hal ini akan berlanjutan sampai bila2.

tu je lah utk hari ni......

salam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...