Pembaca Si Pencerita

Friday, July 19, 2013

Terima kasih GB

Assalamualaikum..

MasyaAllah, Allahuakbar, Subhanallah, Lailahaillah....
Sedar x sedar dah 10 hari berpuasa... Alhamdulillah, setakat ni syukur, semuanya dipermudahkan...

Banyak yang berlaku, dan banyak masa dihabiskan di sekolah sepanjang Ramadhan, internship. iaitu membuat program-program di sekolah, lebih kepada melatih dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri guru. guru besar sekolah, En. Kamaruddin bin Haji Ibrahim seorang guru besar yang sangat baik. ini dia orangnya...


orangnya hensem bergaya, dan sangat berkaliber dan bercita-cita tinggi. beliau banyak memberi tunjuk ajar., ilmu kepimpinan, dan lain-lain. banyak yang dia sampaikan kepada saya antaranya, kita mesti berani, dan jangan mudah mendegar cakap orang. ini adalah satu ilmu yang saya tak akan lupa sampai bila-bila.

satu ayat dia yang akan saya ingat sampai bila-bila adalah :

"Lebih baik kita banyak bertanya, kerana kita hanya bodoh 5 minit sahaja. dan jika tidak banyak bertanya, kita akan bodoh selama-lamanya"

kata-kata beliau sngt mendalam.. saya mentafsirkan apa yang beliau katakan sebagai satu motivasi untuk kita sentiasa bertanya dan bodoh sombong.  tepat jugak dengan pepatah, "malu bertanya sesat jalan".

jadi, sebagai manusia yang penuh dengan khilaf, kekurangan, dan kelemahan., kita saling memerlukan antara satu sama lain. yang cerdik memerlukan yang kurang cerdik, yang lemah memerlukan yang kuat, yang kaya memerlukan yang miskin, atau dalam kata lain, Allah telah jadikan kita semua saling melengkapi antara satu sama lain.. hehehe jadi, hargai lah, org d sekeliling anda, kerana mungkin kehilangannya akan dirasai.. :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...