Pembaca Si Pencerita

Thursday, July 18, 2013

Five and A half Years...

Salam A'laik...

Siang tadi, malam ni, sy nmpk bnyk rakan2 mengeluh, kecewa dengan apa yg diperkatakan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.. bekas KP Pelajaran Malaysia.

Terngiang-ngiang di telinga, saat mula mendaftarkan diri pada 14 Julai 2008, 5 tahun lepas, di Dewan Wawasan, IPG Kota Bharu, ucapan oleh bekas Timbalan Pengarah, Tuan Haji Yajid bin Yaakob yang berbunyi..

"Anda semua adalah bakal guru yang akan mengisi kekosongan pada tahun 2014"
Pada saat itu, pelajar baharu, ibu bapa saling memandang antara satu sama lain, tersenyum, terfikirkan akan masa depan yang menanti sudah menampakkan sinar dan jalan yang betul. Ada yang sanggup keluar dari IPT yang berprestij untuk ke IPG, semata2 untuk menjadi guru, dan ada yg benar2 berminat menjadi guru sesungguh hati.

5 Tahun lepas, siswazah IPG ditabur, disemai, dan dibaja dengan nilai keguruan, sehinggakan yang dahulunya terpaksa menjadi guru, kini rela hati, seronok, malah sayang dengan kerjaya ini. Latihan praktikum selama 3 fasa, iaitu fasa 1 sebulan, fasa 2 dua bulan, dan fasa 3 tiga bulan, yang semuanya selama 6 bulan banyak meninggalkan kesan yang mendalam untuk menjadi seorang guru yang baik pada masa hadapan.

NAMUN,

segala-galanya berubah oleh sebab 1 dasar... lanjutan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga 60 tahun... segala janji manis 5 tahun lepas di dalam Dewan Wawasan seakan-akan terngiang-ngiang kembali. hati memberontak, jiwa bergelora, perasaan kecewa datang penuh menenggelamkan lain rasa dalam hati...

selagi perkara ini tidak sah dan tidak sahih, percayalah bahawa apa yang diperkatakan oleh  Tan Sri Alimuddin Mohd Dom adalah pandangan peribadi beliau melihat kepada senario semasa. selagi mana pucuk pimpinan  sekarang masih tidak mengeluarkan apa2 kenyataan, maka kita mesti terus tetap berdoa, dan yakinlah, bahawa Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita.

inshaaAllah, percayalah yang kita tidak akan dipersia2kan... percaya pada Allah, takdir, qada dan qadar nya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...