Pembaca Si Pencerita

Saturday, July 14, 2012

SETAHUN LEBIH DAH?

Assalamualaikum w.b.t.

Ya Ampun, ibu ibu bapak semua yang ada di sini.. Sudah hampir setahun lebih blog ni terbiar, terabai, dan sendirian.. kesian kesian kesian.

tak apa lah, bizi dan x sempat nk peduli kot.. hoho. setahun berlalu, kalo ikut nk bercerita, mcm2 lah kan., tp x kan lah nk story semuanya kat sini.. hoho, sem 4 dan sem 5 dgn mcm2 pengalaman. sekarang dah sem6. woaaa! ada lagi 2 semester nk habis belajar kat sini. semoga dipermudahkan oleh Allah SWT. ameen.. korang2 doakan aku jd guru yang berjaya nnti.

Haaaaaaaaaaaaa, dah terlanjur berblogging ni, nk kongsi satu TIPS yang mungkin berguna utk kita semua, hamba Allah kat muka bumi ni..

2 3 minggu lepas, saya ada berjumpa dgn seseorang, saya kenal sekejap je, namun cepat akrab. salah saya kot, friendly sngt. Begini, umur dia 26 tahun, bergelar jutawan pada usia 21 tahun.. (woaaa!! aku 21 dok harap mak pak lagi laa). dia x cerita la mcm mana dia kaya.. namun, dia ada kongsi sesuatu yang sangat berguna.

Katanya :

Kita hamba Allah, kita kena selalu ingt Allah, semayang itu perlu, perkara sunat buat, lagi bagus. Namun cuba lah amalkan dua ni, InshaAllah, rezeki Allah utk hambanya melimpah ruah.

Pada setiap pagi ahad, selepas subuh,

1) Baca lah "Basmallah" iaitu   بسم الله الرحمن الرحيم sebanyak 313 kali
2) Berselawat lah ke atas nabi iaitu اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ sebanyak 313 juga..

InshaAllah, amalkan setiap pagi ahad, lagi bagus setiap hari.. lagi bagus.
sama2lah kita cuba dan sentiasa mengingati Allah kerana, kita begitu kerdil dan hina dan sentiasa mengaharapkan belas kasihannya..

ok, sehingga ketemu lagi.. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...